Search This Blog

Wednesday, May 4, 2011

Ketagih laman web

Salam sejahtera buat semua...
Semoga kalian diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan diberkati kehidupan.

Mama baru sahaja selesai menonton progrem Selami Jiwa oleh Dato' Dr Fadzilah Kamsah. Tajuk yang dibincangkan adalah Ketagihan Laman Web dan tetamu undangan beliau adalah saudara Irfan Khairi dan juga saudara Ahmad Azfar. Mama titipkan Youtube rancangan tersebut di sini untuk sesiapa yang ingin menontonnya ya. Sayangnya, hanya Bahagian 1 sahaja yang mama berjaya perolehi dari YouTube.



Mama akui, suatu masa dulu, mama juga boleh dikatakan ketagih laman web kerana sanggup menghabiskan separuh hari di hadapan laptop. Mama rasa masa berlalu amat pantas. Banyak kerja yang tertunda dan segala kerja yang ada, dibereskan tergesa-gesa kerana kesuntukan masa. Tidur malam juga tidak kecukupan gara-gara tidak sanggup untuk logout dari internet. Justeru itu, kesihatan kerap terganggu dan tidak dinafikan, kerja-kerja di rumah banyak yang tidak selesai. Rasa macam tiada kehidupan yang bermakna. Tapi kini, alhamdulillah, sedikit demi sedikit, mama mengurangkan masa di hadapan laptop. Hanya jika mama ingin update blog, menggosok baju atau kebetulan ada masa santai, itulah masa mama mengadap internet. Alhamdulillah kini mama rasa lebih selesa.

Mama tidak sama sekali menyalahkan internet itu sebenarnya. Tapi lebih menyalahkan diri sendiri kerana gagal mengawal diri. Sebenarnya banyak kebaikan melayari internet ini, tidak dinafikan. Cuma kita harus tahu diri. Tahu menilai apa yang baik untuk dilayari dan apa yang perlu ditinggalkan. Contohnya, laman web tentang masakan, tentang fakta kesihatan, motivasi, semua itu adalah amat berguna dan boleh membantu kita di dalam pelbagai aspek. Apa-apa pun, kawalan kendiri adalah yang utama....

1 comment:

Please feel free to drop a comment or two... much appreciated... thank you!