Labels

A KEEPER (5) Advertisement (5) announcement (3) Apam (19) Articles (3) Awards (24) Beef (5) Bread (120) Brownies (15) Cakes (113) Charity (6) Chicken (17) Chiffon (12) Contest (5) Cookies (60) Crafts (1) Cuppies Design (56) Dedication (57) Dessert (3) Donut (6) Drinks (10) Equipments (6) Fish (5) Fondant (1) Gifts (1) Health (1) HELP (1) Information (4) Ingredients (6) Islam (4) Jalan-jalan Cari Makan (2) Kuih-muih (98) Lauk-pauk (116) MANUALS (2) Muffins (38) MY BOOK (3) Orders (3) Pasta (12) Pies n Pastry (21) Pies/Pastry/Puffs (5) Pudding (9) Ramblings (22) Rice n Noodles (52) Seafood (7) Snacks (36) Step-by-Step (9) Stories (14) Tag (9) Trips (8) Vegetables (7) Video (3) Western (11)

Search This Blog

Loading...
Showing posts with label Tag. Show all posts
Showing posts with label Tag. Show all posts

Monday, July 18, 2011

Tag dari MokWo

Assalamualaikum buat semua...

Pagi ni, mama nak mulakan dengan menyiapkan 'kerjarumah'. Yang benarnya, kerjarumah ni, mama dapat sekurun yang lepas. Silap haribulan, orang yang beri 'kerjarumah' ni pun dah terlupa agaknya. Begitulah teruknya mama sekarang ni kan? Tapi tak pe, macam omputih kata...better late than never. Jadinya mama buatlah jugak. Mokwo, kalau Mokwo dah terlupa, ini mama buat kerjarumah yang Mokwo bagi kat sini duluuuuuuu. Hehe... peace.. jangan mare!

APAKAH STATUS ANDA

Credit to Google Image

MARRIED AND NOT AVAILABLE. Ahaks... boleh gitu? Apa lak tak boleh? Dah memang gitu. Mama telah mendirikan rumahtangga bersama suami ku nan terchenta dah 20 tahun. Alhamdulillah kami dikurniakan dengan dua orang cahayamata...seorang perempuan dan seorang lelaki... Dulu mama bekerja sendiri sebab puas hantar surat mohon pekerjaan tapi tak de yang sudi melamar. Baiklah mama kerja sendiri. Tapi memang mama ni tak suka kerja pejabat. Lebih suka buat kerjarumah. Tu yang jadi surirumahtangga sepenuh masa, by choice really!

CERITAKAN TENTANG DIRI ANDA


Kalau real life, size pinggang tu kali 4 ye.. ahaks
Mama anak sulung di dalam keluarga. Ada dua lagi adik, seorang lelaki dan seorang perempuan. Tahun ni, alhamdulillah merasa menjadi 45 tahun. Mama dilahirkan dan dibesarkan kebanyakkannya di Melaka sahaja. Bersekolah pun di Melaka gak. Bermula dengan CHIJ Melaka, Sek Ren Dato Palembang, MGHS dan kemudian di Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu. Habis sekolah menengah, terus sambung ke ITM Shah Alam. Tapi sebab mama ni tak berapa nak rajin belajar, lepas Diploma, dah tak mau sambung lagi (tak mau sambung ke tak leh sambung... hahaha...biarlah rahsia...) Lepas Diploma, dapat offer masuk progrem Skim Cepat Kaya Skim Latihan Khas. Bila keluar, dapat lesen dan terus on business, share dengan kawan. Agaknya mama ni jenis suka dok rumah buat kerjarumah kot. Tu yang mama rasa macam nak pencen je.. hehe. Bila hubby kena transfer overseas, mama pun dapatlah pencen dan menjawat jawatan SURIRUMAHTANGGA hingga ke akhir hayat, insyaAllah.. I like!!! Hobi mama, mencuba resepi baru, membaca buku cerita, menyelak majalah masakan terutamanya, melayari internet, menjahit cross stitch dan menggosok baju... Itu antaranya la kan... karang kalau tulis semua, mau tertidur orang baca! Hahaha..

CERITAKAN TENTANG BLOG ANDA

Mama mula bertapak di alam cyber semasa mama berada di Malawi, Africa, sewaktu mengikut suami bertugas di sana. Kak Liza aka Hanielizalah yang menjadi pendorong utama mama untuk membuka Fotopages sendiri. Dari sana, mama 'membuka cawangan' di blogspot atas nama MamaFaMi's Spice n Splendour.

APAKAH PANDANGAN ANDA TENTANG DUNIA BLOG

Dari Google Image. Tq
Pada pendapat mama, dunia blog ni beraneka warna dan coraknya. Ada yang indah, ada yang tidak. Ada blog yang mendatangkan faedah dan tidak kurang pula yang sebaliknya. Jadi kitalah yang harus bijak memilih, yang mana satu perlu diikut dan yang mana perlu ditinggalkan.

NASIHAT ANDA PADA RAKAN2 YG BARU NAK BUAT BLOG


Dari Google Image
Mama ini bukanlah insan yang terbaik untuk memberikan sebarang nasihat tetapi apa yang bakal mama tuliskan di sini adalah lebih merupakan nasihat kepada diri sendiri. Sebelum membuat blog atau meneruskan blog yang sedia ada, haruslah kita tetapkan dulu nawaitu berblog tu. Seboleh mungkin, biarlah blog kita itu mendatangkan manafaat kepada orang-orang di luar sana. Andai blog kita hanya mendatangkan sengketa, buruk sangka dan segala benda yang negatif, baiklah kita lupakan sahaja hasrat kita.

NYATAKAN KEUNIKAN PADA BLOG ANDA

Blog mama ni biasa-biasa sahaja... tiada uniknya pun...

SAMPAI BILA NAK MENULIS BLOG DAN IMPIAN ANDA DLM DUNIA BLOG


Selagi termampu dan selagi ada benda yang hendak dikongsikan. Mana tahu, esok lusa, anak cucu nak buat rujukan. Hehe...

TAG 5 ORANG YG ANDA NAK KENAL SGT

Cer angkat tangan, saper-saper nak kena tag? Mama takut nak 'tembak' orang, nanti orang marah... hehehe... Nak tengok siapa yang sporting nak jawab tag mama ni...

Thursday, April 14, 2011

Ben Ashaari Gegar Lagi

Kenapalah hari ni asyik nak tidur je. Betullah macam kata Kjee. Kita kena bangun pagi dengan aura gembira, kena senyum. Kalau bangun pagi tu dah lemau, seharian boleh lemau lagi teruk dari biskut masuk angin tau! Tapi kan, walaupun hari ini mama lemau, kerjarumah tetap beres dan keluarga tak kebulur pun. Tapi, menunya simple tahap dewa la. But then, bak kata Uncle Lee, apa yang penting, cook with love. Siapa yang setuju, sila angkat tangan macam saya.... hahahaha...

Eh, dah lari dari tajuk le plak! Ok ok, baru kejap ni mama parking kat blog dak Mat. Dia ada dok promote segmen jiran sepagar dia si Ben ni. Jadi sebagai tanda sokongan, mama pun joinlah. Nak bagi meriah je. Bila mama baca cara nak sertai segmen ni, senang aje syaratnya. Tu yang ter-rajin tu... Okaylah, bagi sesiapa yang nak join segmen Ben yang terkini, silalah ke SINI. Ce baca sendiri ye...

Okay Ben, inilah entry mama ya.

Thursday, November 25, 2010

Award dari Love & Tag dari Kucing Oren Gemok

Petang ni, mama nak bereskan dua 'homework' dulu ye. Ada lagi satu menunggu tu.. aduyai, bilalah nak siap nih... Okay, yang pertama, mama bawa balik dulu award yang telah dikurniakan kepada mama oleh LOVE. Terima kasih banyak-banyak ye Love atas ingatan Love tu. Sebagai balasan, silalah bawak balik pulak tag mama ni...kih kih kih.. jangan marah ye Love. Tiada paksaan tau... Kalau rasa-rasa boring abang jauh, buatlah ye...



Homework yang kedua datangnya dari KOG. Ya ampun Lin, dah berkurun baru mama nak jawab ni ha....

1. Bagi 3 makanan yg korang paling suka dan sila bagi specific nama makanan tersebut and the way you like it.
i] Asam pedas ikan tenggiri Uwan stail
ii] Mihun goreng Mak
iii] Karipap, tak kisah inti apa pun, asal halal. :D



2. Dua jenis air apa yang paling korang suka?
i] Sirap bandung soda
ii] Root beer



3. Which type of food yg korang prefer, pilih 3 sajo : Malay, Indian, Chinese, Japanese, Western, Italian, Mexican, Arabian.
Malay, Western, Indian


4. Apa makanan yg korang paling expert masak? Dalam kata yg lain, takyah tgk resepi tapi at the same time bile org lain rasa, org akan kata "wahhh, gila sedap".
Tak ler expert mana, tapi boooolehlah.... Sambal ikan bilis

Sambal Ikan Bilis

5. Semahal mana korang pernah bayar untuk makanan korang?
Mama jarang bayar... yang bayar, hubby! So tak tahulah...


6. Beri nama restoran favourite. Apa makanan kat situ yg paling sedap?
Nandos. Mama suka makan strips and rice. Tapi kan, mama rindu banget kat Nandos di Malawi sebab nasi dia....masyaAllah sedaaaaaappppp sangat... huhuhu....


7. Ayam, kambing, lembu, itik, burung puyuh, burung wak-wak, rusa, landak, merpati, ayam denak. Mana satu yang korang suka? Kalau korang ada suka yang lain, tapi aku tak list, bagitau je la.
TelurAyam


8. Restoran/cafe pertama korang dating bersama pasangan anda? Dan makan/minum apa? Kalau korang ingatlah kannn.
McDonald. Of courselah makan nugget je walaupun lapar tahap gaban. Habis tu, kalau order Big Mac, tak ke buruk rupa nak bukak molot besar besar! Jatuhlah saham! Ahahahaha



9. Apa makanan yg selalu remind korang terhadap pasangan korang?Kenapa?
Asam pedas. Dah tentulah favourite dia!

Asam Pedas


10. Kalau pegi rumah orang, korang selalu berharap orang tu selalu hidang apa?
Mi hun... tak kiralah dimasak cemana...pokoknya...mihun!

Mihun goreng

11. Makanan yg korang mmg tak buleh nak telan langsung. Samada tak sedap atau tekak korang dah kembang.
Sushi kat kedai


12. Menu raya paling disukai.
Ketupat, lemang, rendang, lodeh, kuah kacang.


13. Jajan/Cikedis favourite?
Cheezels


14. Beri dua makanan yg mak korang masak yang korang suka?
i] Nasi goreng
ii] Sambal ayam



15. Makanan paling pedas korang makan? Sapa masak?
Ikan masak lemak cili padi. Sendiri yang masak. Bukan sengaja tapi masa tu di Malawi. Tak tahu yang cili tu pedas macam nak bunuh orang! Lepas tu tobat tak guna dah cili tu!


16.Korang kalau jumpe orang yang tag korang ni, apa agaknya korang nak hidang/belanja?
Mihun la sebab dia kata dia suka mihun! Hahaha.... Kalau orang yang mama tag ni jumpa mama, mama nak makan Kenny Rogers okay! Ahahaha...


17. Sile tag 5 orang dan paksa mereka buat tag ini.
Mama tak paksa ye, kalau sudi nak join in the fun, silalah ye.....

- Ummi Kuantan
- LOVE
- Mokwo
- Izah Muffin Lover
- Mamazieza


Sekian :)

Wednesday, August 11, 2010

Award & Tag dari Ben

Hari ni, dapat AWARD. Tapi kena buat homework la pulak dulu. Tugasan diberikan oleh Ben. Ben, mama dah buat homework, jadinya tak yah diri atas kerusi eh? Bukan apa, takut kerusi patah je! Hahahaha....

Ini awardnya.....



Ini tugasannya.....

Soalannya :

Soalan 1: Adakah anda rasa HOT..?
Jawapan : Oh tidak... I feel COOL and refreshing... hahaha...


Soalan 2: Upload wallpaper PC/laptop yg anda gunekan skrg?
Jawapan : Ni ha....shantik tak?



Soalan 3: Cerita pasal gmbar nih..?
Jawapan : Saja poyo suka tengok gambar yang snap sendiri


.... ada lagi tau tugasannya... panjangggg lagi....

Soalan 4: Kali terakhir makan PIZZA..?
Jawapan : Err... dua tiga minggu lepas kot...


Soalan 5: Lagu terakhir anda dengar..?
Jawapan : Tak on radio...so tak dengar lagulah


Soalan 6: Apa yg anda buat selain selesaikan tag nih..?
Jawapan : Layan Mak Chu dan dak Mat Gebu kat YM


Soalan 7: Selain nama sendiri anda dipanggil nama ape..?
Jawapan : MAMA. Sampaikan mak pun panggil mama... ish tuanya haku ni! Hahahahaha


Soalan 8: Tag lagi 5 orang...
Jawapan : Nama-nama yang naik ni... kalau rajin, buatlah ye... kalau tak rajin pun kena buat! Muahaha...

MAZ ~ ILHAM DAPUR

HANIELIZA

IZAH ~ A POCKETFULL OF SUNSHINE

JASMEEN

HASLINA

Soalan 9: Siapa orang no. 1...?
Jawapan : MAZ - driver dan chaperon mama. Ada lesen international lagi tau, jangan main-main!!! Tak lupa juga, pembekal takoyaki mama! Hahaha...



Soalan 10: Katekan sesuatu pada orang no. 5...?
Jawapan : Semoga riang gembira serta ceria menjawab tag mama lagi ye... ahakss...



Soalan 11: No.3 ade hubungan ape dengan sape...?
Jawapan : Blog Izah telah digandingkan dengan Blog mama oleh Ben.



Soalan 12: Bagaimana pulak dengan no.2...?
Jawapan : Kak Liza ada hubungan dengan buku resepi, senduk dan segala periuk belanganya!



Soalan 13: Kata2 cinta dengan orang no.4...?
Jawapan : Daku setia menanti undanganmu.... wah....



Soalan 14: Berikan 5 fakta yg anda tahu pasal orang yang anda tag..
Jawapan : Alamak, sampai 5 ke? Cikgu yang bagi soalan ni pun jawab satu je... Tak pe, mama cuba try jawab eh...

(1) Baik hati
(2) Tidak lokek
(3) Suka menolong mana-mana yang tertolong oleh mereka
(4) Peramah...ada yang sampai tahap havoc! Hahaha...
(5) Kesemuanya wanita-wanita belaka....ahahahaha... dah tak ada idea la tuh! Tapi...betul apaaaa....




Saturday, April 24, 2010

Friendship Award & Tag by Ummi



Just when I have no idea of what to update, Ummi came to the rescue and gave me this assignment, with a reward of course! Thank you Ummi for the lovely teddy...ehemmm... kalau dapat teddy bear betul yang besooooooorrrr tu, lagi best! Hihihi... In order to enable me to hang the lovely teddy at my blog, I had to answer this tag which I gladly did.... so here goes....

(a) COPY AWARD INI MACAM DAPAT GRAMMY AWARD

Done ma'am!

(b) BERI TAU SAPA DAN LINK PEMBERI AWARD INI

Ummi yang rajin memasak.

(c) TAJUK POS KORANG MESTI ADA 5-FIVE-KHAMSAH? KENA JAWAB 10 SOALAN DAN SETIAP 1, DENGAN 5 JAWAPAN...WOWWW!!!!!)....

Jenuh wei....

(1) FIVE NAMES THAT PEOPLE CALL YOU :

MamaFaMi ~ friends in the cyber world
Mama ~ my kids, my mom, my sister and also bloggers
Honey bun ~ my son and sometimes my hubby (am I right honey bun sugar pop lollipop?) *wink* *wink*
Ibu ~ my daughter when she's not happy with me! Hahaha....
Ayong ~ my siblings

(2) FIVE IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE :

Hubby's birthday ~ 8th March
Fatin's birthday ~ 30th March
Our anniversary ~ 31st May
My birthday ~ ? June
Syahmi's birthday ~ 2nd Oct

(3) FIVE THINGS YOU DID YESTERDAY :

~ Being Syahmi's driver
~ Tidy the house, even though the house still looks untidy!
~ Tried out 3 new recipes
~ Went to Bangi to visit my brother and mom who just came back from performing Umrah
~ Watch television and soon after that, the television was watching me!

(4) FIVE WAYS TO BE HAPPY :

~ When I am at the comfort of my home...just me and my family....
~ When my experiments turned out marvelous...
~ When hubby asked me to follow him around...
~ When hubby bought me stuffs...
~ Traveling abroad...apakah mungkin? Huhuhu....

(5) FIVE FAVOURITE MOVIES :

Let me just include those shown on TV as well ya....

~ While you were sleeping
~ Soal Hati
~ Beauty and The Beast
~ I am not single
~ Kabhi Khushi Kabhie Gham

(6) FIVE FAVOURITE HOBBIES :

~ Baking and trying out new recipes
~ On the internet
~ Reading
~ Ironing
~ Cross stitching

(7) FIVE FAVOURITE PEOPLE :

~ My darling hubby
~ My darling kids
~ My parents
~ My siblings and family
~ My friends

(8) FIVE FAVOURITE PLACES FOR VACATION :

~ Makkah
~ Malawi, Africa
~ Disneyland, where ever it exists!
~ Cameron Highlands or Fraser's Hill
~ Langkawi

(9) FIVE REASONS YOU ANSWERED THE SURVEY :

~ To fullfill Ummi's request
~ To get that cute teddy! I love teddies!
~ Just not in the mood to do recipes translations.
~ At least my blog is updated today
~ Just because I am in the mood to answer tags!

(10) FIVE PERSON TO TAG :

~ Jasmeen taukey kek & Cheese Tarts
~ Izah the muffin lover
~ Mokwo
~ Maz
~ Mak Yong Abbot

Okay all, I'm off to relax now.... take care!

Regards,

Friday, May 22, 2009

Tag dan Award dari Lina



Mama terima award dari Lina . Terima kasih Lina. Tapi aiyo yo... ini yang dinamakan, rezeki TAK datang bergolek....Kena buat homework dulu you! Berasap kepala mak nak memikirkannya! Hahaha... Anyway, here goes nothing.....



Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award nie :

1. Berbintang Gemini
2. Ibu kepada two lovely kids Adam Dzarif dan Ariana Damia
3. Minat Akim AF7....eh sama lah kita... give me 5!
4. Suka tempek gambar anak-anak bila update blog! Glamer budak dua orang tu! Hehehe...
5. Sama club dengan mama....the Housewife Club.... bukan Desperate housewife okay!



Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award yg seterusnya :

1. Hobi 1 : Baking especially bila ada resepi baru yang nampak interesting...
2. Hobi 2 : Gosok baju.
3. Hobi 3 : Cross stitching...tapi dah banyak kurang sebab malas nak pakai reading glasses.
4. Hobi 4 : Membaca... pun dah kurang sket atas sebab yang sama. Mak chu kata, mama dah tua, dah rabun! Hello Mak Chu... mama ni kiranya baguslah, dah lepas 40 baru nak pakai spec tau! Ahakss... tak mo kalah beb!
5. Suka travelling.... ma suka kalau dapat jalan-jalan tengok negeri/negara orang. Tak bagi shopping pun tak apa, janji dapat jalan! Penat semua tu, belakang kira! Hahaha...
6. Prefer to chat online rather than on the phone. Maybe jari jemari ku ini, lagi pantas berbicara berbanding dengan mulut kot. Hihihi... Tapi kalau dah start bercakap...mengalah murai tercabut ekor.
7. Prefer to stay behind the scene... low profile...
8. Sukakan challenge
9. Mak kata mama cerewet, tapi ma rasa ma tak cerewet... hihihi...tak mo ngaku la tu!
10. Malas masak!



Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnye dan describe ttg mereka :

1. Kak Liza - my sifoo...watch out for her cooking books series, soon to be on the racks!
2. RinnChan Fotopages - The Queen of Breads.... chewah....
3. Cik Mat Gebu - Ini budak banyak dasat...dia terror masak, dia terror ambil gambar, dia terror saknika maknika mendalah.....
4. MaDiHaA - suka tengok deretan hidangan harian dia... mama ni nak masak satu pun pening, dia leh masak berderet-deret!
5. KakAmal - suka dengan her western food!
6. Haslina - dia serah diri hari tu, dia kata dia suka tag... jadi mama tag dia lagi sekali! Hihihi....
7. Jasmeen - asyik buat brownies, buat cupcakes, buat cakes... dah, take 5 dan jawab mama punya tag pulak! Boleh eh cam tu....hahahaha....
8. ~~ciklinn~~ - dia kata dia suka baca tag mama, sekarang ni, mama pulak nak baca jawapan tag dia... hihihi....
9. Ana Penang - taukey cake, cupcakes dan yang latest, taukey kotak la pulak.....
10. Mak Lang Ulam Pegaga - Mak Lang yang amat ku geram tengok muffin gunung dia tu! Mak Lang kalau boss tak bagi kerja hari ni, biar mama bagi Mak Lang kerja eh....


Bagi yang dah kena buat homework mama ni, silalah buat kalau sudi ye. Tiada paksaan... Ini punya hanya suka-suka aje...... and thank you in advance!


Salam,


Thursday, April 30, 2009

Tag : Tugasan Harian

Alamakkkkk mama kena 'tembak' lagi.. this time dari Kak Liza . Hish akak ni...dalam pada kecoh memasak tu, sempat lagi 'tembak' kita eh... Tak apalah... sporting punya pasal... kita layannnnn gak....

TUGASAN HARIAN...????

1. Bila kali terakhir anda cuci toilet?
Pagi tadi...

2. Pencuci apa yg anda guna?
Mama guna pencuci Cosway yang warna biru tu (huhu... ni dah kes tolong promosi plak dah ni!)

3. Dalam 1 minggu berapa kali anda mop lantai? Kenapa?
Mop seluruh rumah...ikut angin. Kalau rajin, selalu. Kalau malas, seminggu sekali...Mop dapur...ikut kaki... kalau kaki kata melengas, maka tangan pun kenalah capai mop! Hahaha....

4. Apa tugasan terakhir anda sebelum menjelang malam?
Hidang makan malam untuk mak, Syahmi dan hubby.

5. Apa menu hidangan makan malam anda yg paling simple?
Nasi goreng la...

6. Minuman selalu anda buat waktu pagi?
Red Guara DCL (aik... promosi lagi!)

7. Sebelum tidur apa yg anda suka lakukan?
Check handphone kot ada message yang masuk tanpa disedari... Lain-lain tak sempat dah sebab bila naik katil je, terus 'blackout'! Hahaha...

8. Harus menjawab tag yg tertera nama di bawah?
Oh mestilah jawab kalau orang dah bagi assignment. Barulah dikatakan sporting... ahaks... itu jawapan kalau mama free la. Kalau tak free, sampai sudah pun boleh terlupa. Jadinya, kalau ada sesiapa yang pernah tag mama dan mama belum jawab sampai ke hari ini, harap maaf dan harap dapat peringatkan mama semula ye.... ya ampun....


Okay, sekarang ni, siapa sporting nak kena TAG ni, sila angkat keyboard tinggi tinggi biar ma nampak!


Salaam,